Ku tulis puisi cerita diriku Lantas ku kirimkan ia kpd mu Kukarangi lagu nyanyikan untukmu teman dikala mendatangnya sepimu
Sunday, November 22, 2009
10 tanda dia jodoh anda
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.
2. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
3. Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
4. Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
5. Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
6. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.
Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
7. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.
Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
8. Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
9. Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
10. Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.
Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
11 Mimpi
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.
Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita?
“ Manusia merancang, Allah menentukan.”
Wednesday, November 18, 2009
ilmu SENI MEMPERTAHANKAN DIRI
Budi Suci Sejati/Kebatinan Budi Suci
Tuesday, November 17, 2009
Perkara Yang Memeningkan Kepala...
Monday, November 16, 2009
I go..........
The dancer and the dancing days have taken leave and fell
So turn down this bed of stone
Quench me with the deadly nightshade from the rose that you belong,
The long December rain is falling now
Running down on streets to nowhere
Music is my life you're my sweetest nightingale
But I cant hear it here no more
And I go
I go,
Hush now, don't shake or break
Words have fallen silent like soldiers to the grave
No matter what they do or say
Lay me on the sleepy meadow by the tracks upon your face
Wednesday, November 11, 2009
Egokah Aku?
Ku… tak pernah merasa
Gundah di hatiku, Ketika denganmu
Saat kau, Kau belai rambutku
Kau temani aku, Kau basuh lukaku
Kini semua berlalu
Karena engkau tak memilihku
Salahkah aku mencintaimu
Walau kutahu kutak dihatimu
Egokah aku memilikimu
Walau kutahu kau tak memilihku
Kuharap tuhan cabut nyawamu
Agar tak ada yang milikimu
Sadarkah kini ku tak rela
Iman ku telah sirna
Mimpiku tak nyata
Kini semua berlalu
Karena engkau tak memilihku
Salahkah aku mencintaimu
Walau kutahu kutak dihatimu
Egokah aku memilikimu
Walau kutahu kau tak memilihku
Kuharap tuhan cabut nyawamu
Agar tak ada yang milikimu
Kuharap tuhan cabut nyawamu
Agar tak ada yang milikimu
Monday, November 9, 2009
-Persatuan yang banyak mengajar ku akan cara berjalan di dunia sementara ini dan dunia yang hakiki.Aku join pada bulan disember 2008.Persatuan nih best pada sebab ada panduan 'Mencari jalan pulang' pada yang Esa.Rasa nya,banyak jasa mereka disini,pada ku yang tak dapat ku gambrkan sendiri dengan kata.May Allah bless them..
-Silat nih gabungan daripada buah melaka,kungtau (maaf jika silap eja),pukulan mat klang.Apa yg best nye ialah,dalam 1-2 saat 9 tumbukan or hit hinggap pada tubuh lawan .Gempak kot !!..LAJU DAN TEPAT..
-Walaupun langkah banyak lagi sumbang ( Bukan semua!!!) , diri ini akan pertingkatkan lagi kualiti dan prestasi diri.Aku syor pada pemuda2 & pemudi2 diluar sana join benda2 cmnih.Bukan apa,selain dapt naik martabat Melayu , harapnya dapatlah jaga dan lindung keluarga kalau something berlaku.Dari terjebak lembah kebatilan dan terus membiarkan diri dipijak , belajar sesuatu yang akan selamatkan diri dari terus hanyut dan leka.
-Syukur pada ilahi kerana membuka jalan untuk ku dipertemukan dengan mereka.
Akan Datang.....
sahabat selamanya
Kene Tipu Jer..
All About Me....
Tak Salah Perigi Mencari Timba Kan?
LUAH DENGAN BERADAB
Dr Robiah Kulup Hamzah, pakar motivasi RKH Motivasi Services Sdn Bhd menyatakan wanita memang wajar meluahkan rasa hati tetapi dengan cara beradab. Ia merujuk pada kisah Siti Khadijah r.a yang meminang rasulullah S.A.W. Jika masa dulu masyarakat kita dahulu mengangap wanita memikat lelaki dikatakan perigi cari timba, tetapi pada zaman sekarang kata bidalan itu tidak begitu sesuai kerana kini ramai wanita yang sudah berkerjaya, berfikiran terbuka dan punyai kedudukan. Sekiranya wanita mengambil langkah pertama untuk mendekati si lelaki, maka ia mengurangkan masalah lambat kahwin atau skandal yang tidak halal.
Apa bila timbul perasaan atau desakan mencari pasangan, gunakanlah adab-adab yang baik termasuk penggunaan bahasa yang sesuai, cara penyampaian yg baik, suasana persekitaran dan penampilan diri menarik. Contohnya, jika anda suka dengan teman sepejabat, tidak perlu terlalu terbuka sehingga orang yang disukai rasa terkejut dan menggelabah.
Elakkan perangai mabuk cinta seperti perbuatan merayu dan memujuk agar lelaki itu menerima cinta anda. Ataupun dia sanggup datang ke rumah lelaki itu demi menunjukkan dia benar-benar sukakannya. Kena ingat, tidak semestinya anda cakap suka, orang itu boleh terima. Oleh itu jangan terlalu mengharap.
Dr. Robiah menyatakan apabila cinta itu ditolak, jangan rasa malu, rasa terhina atau rendah diri. Anggaplah ianya normal. Bersabarlah, beristiqamah dan jangan putus asa. Mungkin pertama kali ditolak tetapi usaha kedua atau seterusnya mungkin berjaya. Orang yang jenis pemalu dan lembut tidak kira lelaki ataupun perempuan yang tidak berani bersemuka boleh minta pihak ketiga untuk mencantumkan dua hati. Cumanya orang ketiga itu hendaklah orang yang boleh dipercayai, pegang amanah, berwibawa, ikhlas dan bukannya secara rasuah.
Cara menggunakan SMS dan surat layang pun boleh digunakan untuk menyampaikan maksud hatinya. SMS merupakan medium yang paling berkesan, cepat dan rahsia. Cumanya perlu berhati-hati dengan penggunaan perkataan supaya wanita itu tidak menampakkan mabuk cinta dan imej peribadi murahan.
Untuk memilih pasangan, pilihlah yang lelaki mempunyai personaliti yang baik dan diyakini. Wanita perlu lihat kekuatan diri dan buat kajian terhadap orang yang disukai sebelum melontarkan perasaannya. Mungkin apabila sudah mengenali lebih dekat, wanita itu tidak suka atau berasa tidak serasi dengan personaliti lelaki itu sebenarnya.
Terdapat 3 jenis cinta iaitu:
1. Cinta nafsu.
Lelaki menyukai wanita kerana kecantikan fizikal.
2. Cinta nak guna
Lelaki mahukan wanita itu kerana kedudukan, kecantikan untuk kepentingan dirinya.
3. Cinta ikhlas
Datang dari hati. Cinta ikhlas ini mewujudkan perasaan debar dan ada kalanya berpeluh-peluh apabila berjumpa, tidak berani bertentang mata dan perbuatan menjadi tidak tentu hala. Ini kerana wujudnya getaran antara dua jiwa.
JANGAN TERLALU MENUNJUK
Dr Ridzuan Noor, pakar terapi aura dan pengasas Aura Harmoni berpendapat sebelum meluahkan perasaan cintanya, wanita perlu lihat pihak lelaki itu. Tidak salah jika wanita memulakan langkahnya memikat lelaki yang disukai kerana ada orang yang tidak tahu dirinya diminati atau tidak berani mengemukakan perasaannya.
Bagi saya, wanita boleh menyatakan perasaannya tetapi tidaklah sehingga dirinya nampak murahan. Kita masih berpegang kepada budaya ketimuran iaitu wanita punya sikap malu dan lemah lembut. Apabila suka dengan si dia, janganlah terlalu menunjuk sangat sebaliknya jaga imej dan maruah diri. Tidak semestinya wanita perlu mulakan bicara cinta agar lelaki itu tahu perasaan yang bersarang di hatinya.
Sebaliknya wanita boleh menggunakan pendekatan seperti mengambil berat dan menunjukkkan kecenderungan minat yang sama terhadap lelaki itu. Apabila sudah rapat dan minda jadi terbuka, lalu mudah untuk bercakap dari hati ke hati. Wanita yang ditolak cintanya perlu berfikiran positif. Biarpun tidak menjadi pasangan, teruskan perhubungan sebagai rakan. Secara tidak langsung lelaki itu akan hormat kepada wanita yang bersikap matang. Mungkin satu hari nanti lelaki itu terbuka hati untuk menerima wanita itu. Hati manusia bukanlah hati batu, lambat laun ia akan cair juga. Jika ada jodoh, tidak kemana, ujar Dr Ridzuan.
Kebanyakan lelaki tidak memilih pasangan disebabkan kecantikan fizikal semata-mata kerana ia tidak akan kekal. Mereka lihat wanita dari segi hati budi dan sikap. Kita kenal dia cara matang dan bukannya cinta monyet. Biarlah perkahwinan yang dibina berkekalan. Lelaki yang matang akan memilih wanita dari segi personalitinya. Kita perlu faham untuk memikat seseorang untuk sementara atau selamanya.
Lelaki biasanya terpikat kepada wanita yang lemah lembut, berbudi bahasa, pemikiran matang. Wanita jenis ini boleh dijadikan kawan dan kekasih. Jika lelaki itu terpikat dengan wanita kerana seksinya, lama kelamaan ia akan menjadi seksa. Ini kerana suami tidak suka isterinya kelihatan seksi di luar rumah. Ia boleh menimbulkan penceraian, ujar Dr Ridzuan yang turut menyatakan selain fahami kelebihan dan kesukaan lelaki itu, wanita perlu minta hajatnya kepada Allah SWT.
Tentang Aku,Diri Ku ,Hidup dan Kawan - Kawan
- Black Ace
- Cheras, Kuala Lumpur, Malaysia
- Nama aku Ahmad Fuad B.Shahminan ,nama diberi oleh arwah nenek belah mak aku nickname aku"black ace" dah establish ok....aku ni jenis happy go lucky.,xsuka ditipu tapi selalu di tipu ,suka makan,masak,layan gigs,dengar muzik,dan wat benda yang Gila ngan member2,wat mase ni aku single dan tunggu dicari.aku nak hidup happy jer walau pun tak pernah ada special G.f.(kekasih hati la huhuhu), tak pe, akan datang ada yang paling terbaik insyallah...same to my friends yg jugak tak pernah ada G.F. ...wan,azit yang satu kepale ngan aku..mereka adalah kawan yang terbaik aku ada....yang membantu ketika aku susah dan senang walaupun korang suke membahan...namun ku bahan balik huhuhu....
