Sunday, November 22, 2009

10 tanda dia jodoh anda

1. Gunakan seluruh pancaindera
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

2. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

3. Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

4. Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

5. Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

6. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.
Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

7. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.
Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

8. Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

9. Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

10. Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.
Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

11 Mimpi
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita?
“ Manusia merancang, Allah menentukan.”

Wednesday, November 18, 2009

ilmu SENI MEMPERTAHANKAN DIRI

saya nak cakap sikit mengenai ilmu SENI MEMPERTAHANKAN DIRI ni.....Kalau di Indonesia, ilmu ni dikira salah satu ilmu yang tertinggi.....susah pak guru nak ajar ilmu-ilmu macam ni.......sebab setengah-setengah murid tak boleh bawa......takut kalau macam-macam boleh jadi.....nak menuntut ilmu macam ni, makan masa yang lama kalau di sana....Ilmu ini sebenarnya....boleh 'gayung' atau 'jurus', memukul dengan nafas, hentakan kaki ketanah dan sebagainya...kalau diizinkan ALLAH S.W.T.Ilmu ni terbahagi kepada 2 yang utama....iaitu Gerak, dan Mengisi Pokok Badan.

Budi Suci Sejati/Kebatinan Budi Suci

About Budi Suci Sejati/Kebatinan Budi Suci, is a registered organization founded in 1958and is the principal organization for spiritual healing in Malaysia .The organization brings forth a group of experienced healers trained under the noble Haji Masri. These healers have solved many mystical problems around Malaysia.* Budi means Good Deeds,* Suci means Pure or Free from Blemish and* Sejati means Eternal.To Do Good, Purely or Sincerely for God Almighty which is Absolute and EternalBudi Suci Sejati is a special form of knowledge, based on an ancient Mystical Science that applies spiritual inner knowledge and breathing techniques in âJurusanâ (the actions of its basic disciplines), which will ultimately transcend oneself into the spiritual world and even beyond. That once mastered is able to unleash the inherent mystical power and use it to protect oneself from all forms of evil, be it physical or spiritual.The practices that one learns in Budi Suci Sejati lay the foundation towards acquiring the skills for mystical self defense, which can be used as a powerful weapon in combats.Budi Suci Sejati uses the science of God to heal. Its practice develops our physical and spiritual being, in turns preparing us to fight and forefend from all kinds of evildoing. It purifies the heart to attain peace and calmness, and ultimately seeks blessings from God Almighty.Budi Suci Sejati as an organization provides healing services, counselings and advices, and spiritual method of self defence training. We are specialized in solving difficult mystical cases and evil possessions.

Tuesday, November 17, 2009

Perkara Yang Memeningkan Kepala...

today i just have a headache just because of further my studies,my mom persuade me into fashion designing in Limkokwing University,while my sister want me into business studies....at ease...as my self i wanted to take diploma in art of making film....in UiTm.....which must i follow then?......i must decide now or nothing will happen.....hahahahaha ;p

Monday, November 16, 2009

I go..........

So long, fare thee well
The dancer and the dancing days have taken leave and fell
So turn down this bed of stone
Quench me with the deadly nightshade from the rose that you belong,
The long December rain is falling now
Running down on streets to nowhere
Music is my life you're my sweetest nightingale
But I cant hear it here no more
And I go
I go,
Hush now, don't shake or break
Words have fallen silent like soldiers to the grave
No matter what they do or say
Lay me on the sleepy meadow by the tracks upon your face

Wednesday, November 11, 2009

Egokah Aku?


Ku… tak pernah merasa
Gundah di hatiku, Ketika denganmu
Saat kau, Kau belai rambutku
Kau temani aku, Kau basuh lukaku

Kini semua berlalu
Karena engkau tak memilihku

Salahkah aku mencintaimu
Walau kutahu kutak dihatimu
Egokah aku memilikimu
Walau kutahu kau tak memilihku
Kuharap tuhan cabut nyawamu
Agar tak ada yang milikimu

Sadarkah kini ku tak rela
Iman ku telah sirna
Mimpiku tak nyata

Kini semua berlalu
Karena engkau tak memilihku

Salahkah aku mencintaimu
Walau kutahu kutak dihatimu
Egokah aku memilikimu
Walau kutahu kau tak memilihku
Kuharap tuhan cabut nyawamu
Agar tak ada yang milikimu
Kuharap tuhan cabut nyawamu
Agar tak ada yang milikimu

Monday, November 9, 2009


-Persatuan yang banyak mengajar ku akan cara berjalan di dunia sementara ini dan dunia yang hakiki.Aku join pada bulan disember 2008.Persatuan nih best pada sebab ada panduan 'Mencari jalan pulang' pada yang Esa.Rasa nya,banyak jasa mereka disini,pada ku yang tak dapat ku gambrkan sendiri dengan kata.May Allah bless them..

-Silat nih gabungan daripada buah melaka,kungtau (maaf jika silap eja),pukulan mat klang.Apa yg best nye ialah,dalam 1-2 saat 9 tumbukan or hit hinggap pada tubuh lawan .Gempak kot !!..LAJU DAN TEPAT..
-Walaupun langkah banyak lagi sumbang ( Bukan semua!!!) , diri ini akan pertingkatkan lagi kualiti dan prestasi diri.Aku syor pada pemuda2 & pemudi2 diluar sana join benda2 cmnih.Bukan apa,selain dapt naik martabat Melayu , harapnya dapatlah jaga dan lindung keluarga kalau something berlaku.Dari terjebak lembah kebatilan dan terus membiarkan diri dipijak , belajar sesuatu yang akan selamatkan diri dari terus hanyut dan leka.
-Syukur pada ilahi kerana membuka jalan untuk ku dipertemukan dengan mereka.

Akan Datang.....

Aku sekarang tengah bersiap sedia untuk membuat sebuah filem pendek yang bertajuk "ranggi Kota".dengan kerjasama member2 aku (ezuwan,azit,wan pimp,firus..dan ramai lagi)filem ini mengisah kan sekumpulan remaja yang ingin berjuang ke arah kebaikan dengan menubuh kan satu kumpulan motor......dimana mereka mengikut undang2,berbakti kepada masyarakat....dan menghapuskan...kezaliman....genre filem ini adalah aksi komedi......harap sesape yg nak tengok hasil citer ni tunggu ye........coming SOON....

sahabat selamanya


ini gamba di ambil di kedai herba abg hasan ex bonzer di planet hollywod dan abg kepada ezuwan dan kawan kepada azit di mana dua orang ni adalah class mate aku mase di skolah smkcp.........

Kene Tipu Jer..

tahun ni memang yang paling teruk bagi aku selame setahun aku berniaga langsung xda ape2 yang aku dapat....duit xda ape pon xda..cume penat jer yang aku dapat...first sekali.aku nak cerita ni.....mase awal tahun 2009 ni aku x wat ape2 lepas aku berenti kerja ngan pakcik aku.....masuk bulan febuari 2009 aku jumpe ngan sorang mamat ni yang memang sial....penipu hanafi namenyer....alah sorang dari share partner aku kat kedai shisha tampat adalah rahsia.....dia ni tipu aku dekat RM 2ooo tu baru modal lom lagi duit share untuk selame 7 bulan,dari febuari sampai la bulan ogos..sebelum puase.......tanggal 18 hb ogos 2009 juga seorang share partner aku gak helmi yg jugak school mate aku mase form 3 telah mengambil alih kedai shi sha ni dengan aku.......masalah nyer skarang....si helmi ni pon same la jugak....aku x dapat aper pon......lastly dia amek keputusan nak jual tapak ngan botol2 shi sha sekali ....masalah nyer si helmi ni x kuar modal ape pon......satu sen pon dia x kuar.....aku dah malas aku setuju jer lah....lastly aku blah macam tu jer la....aku dah malas nak wat bisness ngan org len dah lepas ni aku nak wat sendiri........skarang aku amek keputusan nak sambong blaja dalam bidang seni layar kat UITM shah alam.......senang ati aku xda pikir problem.....aku harap xda orang nak tipu aku lagi lepas ni...ni lah di kata kan sebagai pengalaman hidup........walau ape pon hidup aku mesti di terus kan.........

All About Me....

I'm born in 2nd of September 1989 and given name AHMAD FUAD by my late grandmother ,I'm a simple and funny guy also have a good sense of humor and i like to be friends with other people and get to know them.I hope to live a happy life and same as you all.Aku ni sempoi jer dan seorang yang baik hati,aku akan tolong orang yang memerlukan mengikut kemampuan aku la.Berkawan memang x memilih, sesapa yg sudi sume leh jadi member aku janji slumber.Aku suka makan nasi yg mak aku masak, minum air milo dan neslo ais, aku x suka org tipu aku sebab menipu tu dosa,aku tak suke org hina aku ye la manusia mane yang suke di hina kan?,aku pon x terlepas dari dugaan Allah,mcm2 jugak aku tempuhi dalam hidup ni.tu la pasal aku kuat tido tapi kekadang aku x tido langsung.Aku sayang famili dan sumer kawan2 aku sebab diorang sumer sayang aku.Tapi ayah aku dah kembali ke ramatullah.Atuk aku kata Blogger ni boleh dpat meluah kan isi hati kita atau apa yang kita minat so aku cuba la ni.Yg dah otai tu sila beri tunjuk ajar yer!.SKEMA JER SUMER AYAT-AYAT DI ATAS HUHUHU JANGAN MARAH YER.ITU JER MAKLUMAT YANG DAPAT DIBEKALKAN SETAKAT NI KALAU ADE APE2 NAK TANYE ATAU ADE APE2 MASALAH YANG KORANG HADAPI JANGAN SEGAN LA NK CAKAP DENGAN AKU "KITA KAN KAWAN""AKU BUKAN ALONG,AKU CUMA NAK TOLONG"TU PON SETAKAT YANG MAMPU JER LA.Ym ATAU EMAIL JER.If you have any thing to ask just e-mail or YM me

Tak Salah Perigi Mencari Timba Kan?

TAK SALAH PERIGI CARI TIMBA


LUAH DENGAN BERADAB

Dr Robiah Kulup Hamzah, pakar motivasi RKH Motivasi Services Sdn Bhd menyatakan wanita memang wajar meluahkan rasa hati tetapi dengan cara beradab. Ia merujuk pada kisah Siti Khadijah r.a yang meminang rasulullah S.A.W. Jika masa dulu masyarakat kita dahulu mengangap wanita memikat lelaki dikatakan perigi cari timba, tetapi pada zaman sekarang kata bidalan itu tidak begitu sesuai kerana kini ramai wanita yang sudah berkerjaya, berfikiran terbuka dan punyai kedudukan. Sekiranya wanita mengambil langkah pertama untuk mendekati si lelaki, maka ia mengurangkan masalah lambat kahwin atau skandal yang tidak halal.

Apa bila timbul perasaan atau desakan mencari pasangan, gunakanlah adab-adab yang baik termasuk penggunaan bahasa yang sesuai, cara penyampaian yg baik, suasana persekitaran dan penampilan diri menarik. Contohnya, jika anda suka dengan teman sepejabat, tidak perlu terlalu terbuka sehingga orang yang disukai rasa terkejut dan menggelabah.

Elakkan perangai mabuk cinta seperti perbuatan merayu dan memujuk agar lelaki itu menerima cinta anda. Ataupun dia sanggup datang ke rumah lelaki itu demi menunjukkan dia benar-benar sukakannya. Kena ingat, tidak semestinya anda cakap suka, orang itu boleh terima. Oleh itu jangan terlalu mengharap.

Dr. Robiah menyatakan apabila cinta itu ditolak, jangan rasa malu, rasa terhina atau rendah diri. Anggaplah ianya normal. Bersabarlah, beristiqamah dan jangan putus asa. Mungkin pertama kali ditolak tetapi usaha kedua atau seterusnya mungkin berjaya. Orang yang jenis pemalu dan lembut tidak kira lelaki ataupun perempuan yang tidak berani bersemuka boleh minta pihak ketiga untuk mencantumkan dua hati. Cumanya orang ketiga itu hendaklah orang yang boleh dipercayai, pegang amanah, berwibawa, ikhlas dan bukannya secara rasuah.

Cara menggunakan SMS dan surat layang pun boleh digunakan untuk menyampaikan maksud hatinya. SMS merupakan medium yang paling berkesan, cepat dan rahsia. Cumanya perlu berhati-hati dengan penggunaan perkataan supaya wanita itu tidak menampakkan mabuk cinta dan imej peribadi murahan.

Untuk memilih pasangan, pilihlah yang lelaki mempunyai personaliti yang baik dan diyakini. Wanita perlu lihat kekuatan diri dan buat kajian terhadap orang yang disukai sebelum melontarkan perasaannya. Mungkin apabila sudah mengenali lebih dekat, wanita itu tidak suka atau berasa tidak serasi dengan personaliti lelaki itu sebenarnya.

Terdapat 3 jenis cinta iaitu:
1. Cinta nafsu.
Lelaki menyukai wanita kerana kecantikan fizikal.
2. Cinta nak guna
Lelaki mahukan wanita itu kerana kedudukan, kecantikan untuk kepentingan dirinya.
3. Cinta ikhlas
Datang dari hati. Cinta ikhlas ini mewujudkan perasaan debar dan ada kalanya berpeluh-peluh apabila berjumpa, tidak berani bertentang mata dan perbuatan menjadi tidak tentu hala. Ini kerana wujudnya getaran antara dua jiwa.

JANGAN TERLALU MENUNJUK
Dr Ridzuan Noor, pakar terapi aura dan pengasas Aura Harmoni berpendapat sebelum meluahkan perasaan cintanya, wanita perlu lihat pihak lelaki itu. Tidak salah jika wanita memulakan langkahnya memikat lelaki yang disukai kerana ada orang yang tidak tahu dirinya diminati atau tidak berani mengemukakan perasaannya.

Bagi saya, wanita boleh menyatakan perasaannya tetapi tidaklah sehingga dirinya nampak murahan. Kita masih berpegang kepada budaya ketimuran iaitu wanita punya sikap malu dan lemah lembut. Apabila suka dengan si dia, janganlah terlalu menunjuk sangat sebaliknya jaga imej dan maruah diri. Tidak semestinya wanita perlu mulakan bicara cinta agar lelaki itu tahu perasaan yang bersarang di hatinya.

Sebaliknya wanita boleh menggunakan pendekatan seperti mengambil berat dan menunjukkkan kecenderungan minat yang sama terhadap lelaki itu. Apabila sudah rapat dan minda jadi terbuka, lalu mudah untuk bercakap dari hati ke hati. Wanita yang ditolak cintanya perlu berfikiran positif. Biarpun tidak menjadi pasangan, teruskan perhubungan sebagai rakan. Secara tidak langsung lelaki itu akan hormat kepada wanita yang bersikap matang. Mungkin satu hari nanti lelaki itu terbuka hati untuk menerima wanita itu. Hati manusia bukanlah hati batu, lambat laun ia akan cair juga. Jika ada jodoh, tidak kemana, ujar Dr Ridzuan.

Kebanyakan lelaki tidak memilih pasangan disebabkan kecantikan fizikal semata-mata kerana ia tidak akan kekal. Mereka lihat wanita dari segi hati budi dan sikap. Kita kenal dia cara matang dan bukannya cinta monyet. Biarlah perkahwinan yang dibina berkekalan. Lelaki yang matang akan memilih wanita dari segi personalitinya. Kita perlu faham untuk memikat seseorang untuk sementara atau selamanya.

Lelaki biasanya terpikat kepada wanita yang lemah lembut, berbudi bahasa, pemikiran matang. Wanita jenis ini boleh dijadikan kawan dan kekasih. Jika lelaki itu terpikat dengan wanita kerana seksinya, lama kelamaan ia akan menjadi seksa. Ini kerana suami tidak suka isterinya kelihatan seksi di luar rumah. Ia boleh menimbulkan penceraian, ujar Dr Ridzuan yang turut menyatakan selain fahami kelebihan dan kesukaan lelaki itu, wanita perlu minta hajatnya kepada Allah SWT.

Tentang Aku,Diri Ku ,Hidup dan Kawan - Kawan

My photo
Cheras, Kuala Lumpur, Malaysia
Nama aku Ahmad Fuad B.Shahminan ,nama diberi oleh arwah nenek belah mak aku nickname aku"black ace" dah establish ok....aku ni jenis happy go lucky.,xsuka ditipu tapi selalu di tipu ,suka makan,masak,layan gigs,dengar muzik,dan wat benda yang Gila ngan member2,wat mase ni aku single dan tunggu dicari.aku nak hidup happy jer walau pun tak pernah ada special G.f.(kekasih hati la huhuhu), tak pe, akan datang ada yang paling terbaik insyallah...same to my friends yg jugak tak pernah ada G.F. ...wan,azit yang satu kepale ngan aku..mereka adalah kawan yang terbaik aku ada....yang membantu ketika aku susah dan senang walaupun korang suke membahan...namun ku bahan balik huhuhu....